Serangan udara di Afghanistan, 13 terbunuh - Utusan Malaysia

Serangan udara di Afghanistan, 13 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 25 Mac – Sekurang-kurangnya 13 orang yang majoritinya kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara oleh pasukan antarabangsa di bandar Kunduz, utara Afghanistan pada hujung minggu lalu.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan berkata, 10 kanak-kanak antara mangsa yang terbunuh dalam serangan udara tersebut.

“Terdapat kebimbangan tentang misi tersebut yang mana berdasarkan maklumat awal bahawa 10 orang yang terbunuh adalah kanak-kanak. Sebahagian keluarga mereka telah berpindah dan berperang ditempat lain,” katanya di sni hari ini. -AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini