CHRISTCHURCH – New Zealand hari ini mengadakan Hari Peringatan Negara khas buat mangsa serangan tembakan rambang pengganas kulit putih di dua buah masjid di Christchurch. Hari Peringatan istimewa itu disiarkan secara langsung di seluruh New Zealand. NZ Herald turut melaporkan, ribuan rakyat negara itu mulai berkumpul di Taman Hagley di sini seawal pukul 10 pagi waktu tempatan. Antara orang awam yang hadir ke Hari Peringatan di Taman Hagley sempena sebagai tanda solidariti…










