Serangan Christchurch: Mohd. Tarmizi dibenarkan keluar hospital - Utusan Malaysia

Serangan Christchurch: Mohd. Tarmizi dibenarkan keluar hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia, Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang cedera ditembak dalam serangan pengganas di Christchurch, New Zealand 15 Mac lepas, telah dibenarkan keluar dari hospital semalam.

Perkembangan itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa hari ini.

“Tarmizi sudah berada di rumah (New Zealand) dan masih bertongkat kerana ada serpihan peluru di punggungnya,” katanya kepada media selepas Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mujahid tiba di tanah air pada jam 5 pagi tadi selepas berada di New Zealand untuk menziarahi rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu.

Mohd. Tarmizi adalah antara tiga rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian berdarah di dua masjid di Christchurch  yang mengorbankan 50 nyawa, termasuk anaknya Muhamad Haziq, 17. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini