ALOR SETAR 16 Mac – Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang mengunjungi Christchurch, New Zealand atau tinggal di negara itu agar berhati-hati dan mengelakkan diri daripada berada di tempat awam buat sementara waktu. Timbalan Menterinya, Datuk Marzuki Yahya berkata, terdapat seramai 1,256 orang rakyat Malaysia di Christchurch dan mereka diminta supaya sentiasa berwaspada ekoran insiden serangan berdarah di dua buah masjid di situ. “Saya berdoa agar semua rakyat Malaysia yang berada di sana dalam keadaan baik dan menasihatkan mereka supaya menjauhkan diri daripada berada di tempat awam buat masa ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya