Tun Ramli rai 101 peserta khatan perdana

Tun Ramli rai 101 peserta khatan perdana

RAMLI Ngah Talib (kiri) menggunakan pancutan air daripada jentera bomba bagi menceriakan suasana selain mengurangkan rasa gemuruh peserta program Khatan Perdana Kadun Jawi di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Seronok, tapi masih dibayangi rasa takut. Mungkin itu yang dirasai oleh rata-rata peserta program Khatan Perdana anjuran pejabat Kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Jawi di sini.

Sempena program itu, seramai 101 peserta yang kebanyakan masih bersekolah rendah mengambil bahagian.

Program tahunan itu dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib dan isteri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Kedua-dua mereka turut menyempurnakan acara simbolik iaitu memandikan peserta dengan menggunakan pancutan air daripada jentera bomba bagi menceriakan suasana selain mengurangkan rasa gemuruh.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, H’Ng Mooi Lye berkata, program itu diadakan bertujuan membantu meringankan beban kewangan keluarga B40 di sekitar Kadun Jawi memandangkan kos berkhatan di klinik swasta ketika ini agak mahal iaitu mencecah antara RM180 hingga RM200 seorang.

“Peserta termuda berumur empat tahun dan kesemua mereka mendaftar dengan hanya dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM40 sahaja iaitu jauh lebih rendah berbanding harga di klinik swasta.

“Bagi sesetengah pihak, jumlah itu mungkin biasa sahaja, namun, ia mampu mengurangkan beban keluarga yang mempunyai ramai anak serta mereka yang mempunyai sumber pendapatan terhad,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi.

Tambah beliau, ini kali kedua Program Khatan Perdana Kadun Jawi diadakan dan ia menjadi lebih bermakna apabila Pusat Khidmat Rakyat ADUN Jawi menaja sepenuhnya 18 kanak-kanak dari Kompleks Penyayang Sinar Kasih di sini untuk berkhatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN