PUTRAJAYA – Dua rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden tembakan di Masjid Al-Noor, dekat Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand, hari ini. Wisma Putra, dalam kenyataan, memberitahu kedua-dua mereka itu kini menerima rawatan di hospital. Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam insiden yang mengorbankan 40 orang dan 20 orang mengalami kecederaan. Wisma Putra memaklumkan Malaysia secara keras mengutuk tindakan keganasan tersebut terhadap orang…










