CHRISTCHURCH – Seluruh rakyat New Zealand memberi penghormatan terakhir buat mangsa-mangsa tembakan di dua masjid pada Jumaat lalu, hari ini.
Sesi bertafakur selama dua minit diikuti azan solat Jumaat yang berkumandang pada pukul 1.30 petang waktu tempatan itu sebagai tanda menghormati 50 mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut.
Sesi bertafakur itu juga turut diadakan di Taman Hagley, Christchurch pada pukul 1.32 petang waktu tempatan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Difahamkan, seluruh stesen televisyen dan radio percuma turut membuat siaran langsung bagi menghormati mangsa yang terkorban. – K! ONLINE











