KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengutuk serangan terhadap dua masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan banyak nyawa , dan melahirkan rasa sedih terhadap kedua-dua kejadian itu. Baginda berharap penjenayah itu akan segera dihadapkan ke muka pengadilan. “Baginda amat bersedih dengan kejadian tembakan yang dilaporkan berlaku di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood di Christchurch yang meragut 49 nyawa,” menurut kenyataan Istana Negara yang…










