MOSUL 1 Mac – Sekurang-kurangnya seorang penduduk tempatan terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam satu insiden letupan membabitkan sebuah kereta. Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Iraq seperti dipetik Agensi Anadolu, kereta yang dipenuhi bahan letupan itu meletup di jalan raya utama di bahagian timur Mosul. Tambah kenyataan tersebut, serangan itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan pengganas Daesh. – BERNAMA
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya