Seorang cedera parah dalam kemalangan di landasan LTSAAS - Utusan Malaysia

Seorang cedera parah dalam kemalangan di landasan LTSAAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kenderaan kejuruteraan lapangan terbang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan pesawat persendiriann di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang awal pagi tadi.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airports berkata, kakitangan itu telah menjalani pembedahan dan akan menerima penjagaan perubatan terbaik manakala penumpang dan kru pesawat berada dalam keadaan selamat dan tidak cedera dalam insiden pada 3.20 pagi itu.

“Inisiden itu mula sekali telah dilaporkan kepada pasukan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang  yang tiba di tempat kejadian pada pukul 3.21 pagi,” kata kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Insiden itu menyebabkan ketibaan beberapa penerbangan terjejas disebabkan kerja-kerja membersihkan serpihan di lapangan terbang akibat kemalangan tersebut. 

Bagaimanapun, operasi penerbangan kembali pulih bermula dari pukul 9 pagi, kata Malaysia Airports. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini