SAUDARA PENGARANG,KEMENANGAN calon BN dalam PRK DUN Semenyih sudah tentu memberi suntikan semangat kepada parti pembangkang, khususnya UMNO. Ini merupakan kemenangan berturut-turut selepas Cameron Highlands. Bezanya kawasan itu adalah kepunyaan BN, tetapi Semenyih dikuasai Pakatan Harapan (PH) selepas PRU-14. Dan, PRK DUN Rantau akan berlangsung nanti. Pihak pembangkang sudah tentu akan bekerja lebih keras untuk meneruskan momentum semangat kemenangan itu. Persoalannya, adakah kemenangan Semenyih memberi isyarat bahawa sokongan orang Melayu…










