Sembilan ditahan berjudi online di kaki lima restoran - Utusan Malaysia

Sembilan ditahan berjudi online di kaki lima restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac- Menjadikan kaki lima restoran untuk menjalankan kegiatan perjudian dalam talian kononnya untuk berselindung daripada dikesan pihak berkuasa.

Itu kegiatan sembilan individu sebelum mereka ditahan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam tiga serbuan di sekitar daerah Serdang dan Subang Jaya, semalam.



Ketua Operasi, Asisten Superintenden Rozam Effandy Raslee berkata, serbuan dilakukan di laluan kaki lima bangunan rumah kedai di Serdang Perdana, Serdang dekat sini kira-kira pukul 1 petang.



Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak lapan lelaki termasuk tiga warga Myanmar merupakan penjaga, pekerja dan pemain telah ditahan.



“Dalam serbuan itu, pelbagai barangan yang digunakan untuk berjudi dirampas antaranya tablet, komputer riba, modem, sofa dan wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Menurut Rozam Effendy, pihaknya turut menyerbu kaki lima sebuah restoran di Puchong Jaya dekat sini pada pukul 2.30 petang dan seorang lelaki tempatan disyaki penjaga ditahan.


“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini