KUALA LUMPUR 13 Mac – Selangor, Johor dan Sabah menguasai Divisyen Satu Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100Plus yang berakhir di Pulau Pinang hari ini apabila masing-masing merangkul tiga kejuaraan. Pulau Pinang yang sering dikaitkan dengan kecemerlangan dalam menghasilkan bakat bakat baharu sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa hanya meraih satu kejuaraan menerusi bergu perempuan bawah 12 tahun, Christine Lam Mei He-Oo Shan Zi. Dalam saingan Divisyen Tiga yang berlangsung di Putrajaya hari ini, Pahang mendominasi tujuh daripada 12 kejuaraan bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya