Segerakan tindakan terhadap penghina agama - Utusan Malaysia

Segerakan tindakan terhadap penghina agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mac – Kerajaan perlu menyegerakan tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang melakukan penghinaan terhadap agama.

Gesaan itu disuarakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memberitahu, tindakan tersebut perlu dilaksanakan bagi mengelak daripada wujud sebarang bentuk provokasi dan ancaman.

Katanya, bagi mengelak provokasi dan ancaman yang lebih dahsyat, maka sewajibnya langkah-

JAMIL KHIR BAHAROM
JAMIL KHIR BAHAROM 

langkah berlandaskan undang-undang sedia disegerakan dan tidak sekadar menunggu reaksi daripada masyarakat.

“Sebarang kelewatan dan jika tindakan tegas tidak dibuat boleh menjadi barah serta bom jangka yang melibatkan keagamaan.

“Dalam hal ini pihak berkuasa wajar memastikan tindakan yang serius diambil terhadap setiap penghina agama dan nabi agar keamanan yang sedia dinikmati tidak dicemarkan de­ngan prasangka yang tidak sewajarnya,” katanya ketika dihubu­ngi Utusan Malaysia hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN