KUALA LUMPUR 16 Mac – Kerajaan disaran mengambil tindakan tegas bagi mengekang penyalahgunaan media sosial termasuklah menghina kepemimpinan negara dengan kata-kata jelik yang semakin menjadi-jadi. Saranan itu disuarakan Ketua Armada Lumut, Akmal Maradzi yang percaya bahawa kebebasan bersuara ada hadnya dan janganlah sampai ke tahap menghina serta menjatuhkan maruah orang lain. Beliau tidak menafikan bahawa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bersuara tetapi bukan bermaksud boleh menghina sehingga menimbulkan situasi…










