SC kenakan teguran terhadap tiga syarikat - Utusan Malaysia

SC kenakan teguran terhadap tiga syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan teguran terhadap tiga syarikat yang berpangkalan di China kerana melanggar undang-undang sekuriti.

SC dalam kenyataannya berkata, tiga syarikat itu ialah China Stationery Limited (CSL), Xingquan International Sports Holdings Limited (Xingquan) dan Maxwell International Holdings Berhad (Maxwell).

Menurutnya, SC juga berpendapat bahawa pengekalan jawatan empat pengarah dalam syarikat-syarikat tersebut memudaratkan kepentingan awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Empat individu itu ialah Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CSL, Chan Fung @ Kwan Wing Yin; Pengerusi Eksekutif dan CEO Xingquan, Datuk Wu Qingquan; Pengarah Eksekutif Xingquan, Wu Lianfa dan Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas Maxwell, Li Kwai Chun (Li),” katanya di sini hari ini.

Tambah SC, dalam membuat kenyataan umum di bawah seksyen 354 (3) (f) (ii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) terhadap empat pengarah tersebut pihaknya turut mengambil kira keseriusan pelanggaran yang dilakukan oleh individu itu.

SC turut mengenakan teguran terhadap beberapa individu yang menganggotai Lembaga Pengarah dan pengurusan syarikat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini