SETIA mengikuti kemelut panjang penderitaan pelarian Rohingya beberapa tahun lalu membuatkan jiwa Sri Rahayu Mohd. Yusop, 43, meronta-ronta untuk berbuat sesuatu. Namun begitu, guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya, Kuala Lumpur itu sedar dirinya tidak mampu turun ke lapangan membela nasib etnik teraniaya tersebut. Maka, berbekalkan bakat menulis, dia mengumpul bahan penulisan selama kira-kira setahun dari akhir 2016 hingga 2017 sebelum meluahkan getar rasanya menerusi karya berjudul Selendang…










