'Saya akan hubungi sebaik mendarat' mesej terakhir isteri - Utusan Malaysia

‘Saya akan hubungi sebaik mendarat’ mesej terakhir isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 12 Mac – Seorang wanita yang baru berkahwin dan terkorban dalam nahas pesawat Ethiopian Airlines, ET302, di Addis Ababa, Ethiopia pada Ahad lalu, sempat menghantar mesej kepada suaminya sebelum menaiki pesawat tersebut.

Shikha Garg, menaiki pesawat itu ke Nairobi untuk menghadiri perhimpunan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan baru berkahwin kira-kira tiga bulan lalu.

Dalam mesejnya, dia menjelaskan akan menghubungi suaminya itu, Soumya Bhattacharya sebaik sahaja mendarat di Nairobi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bhattacharya sepatutnya pergi ke Nairobi bersama Shikha tetapi mengubah perancangan itu pada saat-saat akhir menyebabkannya tinggal di New Delhi, lapor Times of India.

“Saya telah menaiki pesawat dan akan menghubungi kamu sebaik sahaja mendarat,” jelas Shikha dalam mesej tersebut.

Tetapi sebelum Bhattacharya cuba membalas mesej tersebut, telefonnya berbunyi ‘buzz’ dan seseorang menghubungi dan memberitahu pesawat itu telah terhempas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini