KUALA LUMPUR 5 Mac – Hasrat pasukan KLRA Hawk Eye untuk mara semaksimum mungkin pada cabaran Kuala Lumpur Cup 2019 tercapai apabila mereka sampai ke peringkat separuh akhir kategori `cup’.
Walaupun tewas 1-3 kepada pasukan dari negara jiran, Bandung United, tetapi layak ke separuh merupakan sasaran yang ditetapkan oleh KLRA Hawk Eye dan ia telah tercapai.
Ini merupakan kali kedua mereka bertanding di Kuala Lumpur Cup yang dilatih oleh Khairul Munir.
Ketua Kontigen KLRA Hawk Eye, Ahmad Marzuki berkata, mereka telah berusaha sedaya upaya untuk memenangi setiap perlawanan sehingga ke peringkat ini.
“Kami bersyukur kerana ini satu pencapaian terbaik di luar jangkaan kami sepasukan,” katanya.
Piala Kuala Lumpur 2019 kali ini lebih meriah dan menampilkan banyak pasukan dari dalam dan luar negeri.
Lebih 70 pasukan bertanding kali ini untuk merebut kejuaraan dipelbagai peringkat umur. -UTUSAN ONLINE










