SEREMBAN – Seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah sebanyak RM1,500. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret V. Vanita selepas Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan, Mohd. Khairi Abdul Karim mengemukakan permohonan di Mahkamah Seremban pagi ini. Anggota polis wanita berusia 30 tahun itu hadir ke mahkamah di sini dengan diiringi pegawai SPRM dan peguam Mohd. Redzuan Mohamed Yusof. Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor didakwa meminta dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya