KUALA LUMPUR – Dua kakitangan dan seorang bekas pekerja syarikat Invoke Malaysia Sdn. Bhd. yang ditahan kerana memiliki sejumlah dadah di kondominium Taman Mutiara, Jinjang, kelmarin, didapati positif dadah jenis ganja. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, keputusan itu diperoleh hasil saringan air kencing yang dilakukan terhadap dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 25 hingga 30 tahun. “Siasatan awal mendapati dadah jenis ganja seberat 75 gram…










