JAKARTA 24 Mac – Calon Naib Presiden pilihan raya Indonesia nombor dua, Sandiaga Uno mengingatkan Badan Pemenangan Nasional (BPN) Prabowo Subianto-Sandiaga supaya tidak ‘menyerang kubu’ gandingan Joko Widodo dan Ma’ruf Amin.
Sandiaga berkata demikian kepada media ketika mengadakan perjumpaan bersama beberapa parti politik sokongan di kediaman Prabowo, di sini semalam.
Beliau berharap tiada sebarang konflik berlaku sehingga boleh mencetuskan pergaduhan menjelang hari pengundian yang dijangka berlangsung pada April ini.
“Sampaikan maklumat yang tenang-tenang sahaja kerana kita sudah semakin menghampiri penghujung kempen. Saya tidak mahu ada sebarang kontroversi atau serang menyerang antara kedua-dua pihak.
“Kita perlu pastikan pilihan raya kali ini berjalan dengan bebas dan secara lanmgsung,” katanya seperti yang dipetik Detik News. – AGENSI











