JAKARTA 19 Mac – Calon Naib Presiden nombor dua, Sandiaga Uno menjadi perhatian banyak pihak selepas didakwa membawa gajet ketika menyampai debat sesi ketiga yang berlangsung di sebuah hotel di sini kelmarin.
Portal Tribunenews memetik Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU), Wahyu Setiawan berkata, tiada larangan bagi mana-mana calon pilihan raya yang menyertai debat untuk membawa buku catatan atau gajet ke atas pentas.
Katanya, penggunaan gajet atau buku nota dapat membantu kelancaran sesi debat yang disampaikan oleh para calon. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











