ISTANBUL, Turki – Polis Istanbul menembak gas pemedih mata ke arah ribuan wanita yang berarak di jalan-jalan raya di pusat bandar raya ketika sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disifatkan sebagai mengingkari satu larangan pihak berkuasa. Pasukan keselamatan menolak peserta-peserta himpunan di pintu masuk sebuah pusat beli-belah di Istiklal Avenue di bandar raya itu, menurut seorang koresponden agensi berita AFP. Polis turut melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap kumpulan peserta dan…










