KUALA LUMPUR 8 Mac – Demonstrasi solekan wajah, senamrobik, zumba dan ujian mamogram antara aktiviti menarik khusus untuk golongan wanita sempena sambutan Hari Wanita di Padang Perbandaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahad ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
GOLONGAN wanita terutama kaum ibu berpeluang menerima sekuntum bunga di Padang Perbandaran MPAJ, Ahad ini. – UTUSAN ONLINE
Program bersempena Hari Tanpa Kenderaan MPAJ itu juga akan berlangsung seawal pukul 6.30 pagi hingga 1 petang.
Pelbagai pengisian menarik turut diadakan sepanjang program antaranya ativiti Jalan Santai yang mana kaum ibu berpeluang menerima sekuntum bunga, gerai pameran, acara larian ‘Costume Fun Walk’, pertandingan mewarna, pertandingan memasak Chef Junir dan acara memotong kek.
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Hanim di talian 010-534 3292 atau Shima di 011-1190 5747. – UTUSAN ONLINE











