Salah guna ruang demokrasi – Mujahid - Utusan Malaysia

Salah guna ruang demokrasi – Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof terkejut dengan tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara yang salah di sisi Islam.

Mujahid dipercayai merujuk kepada perhimpunan Women’s March yang turut disertai penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) hari ini.

Dalam perarakan ke himpunan itu, slogan ‘Hidup LGBT’ turut dilaungkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mujahid, sebagaimana yang dimaklumkan beliau sebelum ini, kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

“Mana mungkin kita mengiktiraf suatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Malah, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menegaskan tentang perkara ini.

“Berhubung himpunan pada pagi tadi, saya serahkan kepada Kementerian Dalam Negeri yang mempunyai kuasa perundangan untuk bertindak dan mengambil tindakan tegas,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Dalam satu himpunan dan perarakan yang diadakan di sini hari ini, penyokong LGBT dirakam melaungkan slogan seperti ‘Hidup LGBT’ dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Walaupun perarakan itu bertujuan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia yang di­sambut semalam, kelibat penyokong LGBT dilihat mencemarkan perarakan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini