KUALA LUMPUR 15 Mac-Seorang mangsa yang terselamat dalam insiden tembakan di Christchurch, New Zealand dapat mengingati dengan jelas ketika berdepan detik-detik cemas peristiwa yang mengorbankan lebih 40 nyawa itu. Memetik laporan nzherald.co.nz, Noor Hamzah, 54 berkata, dia walaubagaimanapun sempat berlari dan bersembunyi di belakang kereta ketika kejadian berlaku bersama jemaah lain bagi menyelamatkan diri. Malah, dia juga dapat melihat mayat bergelimpangan di dalam masjid selepas polis tiba di tempat kejadian.…










