KLANG 28 Mac – Allahyarham Mohd. Sajury Abdullah, 63, dan isterinya Sobariah Haron, 54; yang terbunuh dalam kemalangan ngeri dengan sebuah bas ekspres di Raub disifatkan sebagai insan yang sentiasa membasahi lidahnya dengan bacaan al-Quran. Seorang jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zaihan, 36, berkata, pasangan suami isteri itu setiap hari akan membacakan al-Quran pada sebelah petang dan sentiasa berkongsi ilmu agama dengan jiran serta rakan taulannya. “Arwah sekeluarga ini sangat mementingkan ilmu agama dan pada setiap petang pasti kami boleh menengar mereka sekeluarga mengaji al-Quran,” katanya. Mohd. Sajury…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya