Rumah setinggan terbakar, 10 penghuni selamat - Utusan Malaysia

Rumah setinggan terbakar, 10 penghuni selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac – Sebanyak sepuluh penghuni di empat rumah setinggan di Jalan Sungai Plan di Bintulu, Sarawak terselamat selepas kediaman yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, semua penghuni rumah terbabit sedang nyenyak tidur sebelum seorang daripada mereka terjaga selepas terhidu bau asap.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Mohamad Meramit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.25 pagi sebelum sepasukan 15 anggota dikejarkan ke lokasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, kesemua penghuni rumah setinggan tersebut bernasib baik kerana seorang daripada mereka menyedari kejadian itu dan segera mengejutkan yang lain untuk melarikan diri.

“Tindakan pantas mangsa bukan sahaja berjaya menyelamatkan nyawa ahli keluarganya serta tiga lagi rumah yang terbakar, tetapi turut mengelak kebakaran besar berikutan rumah di kawasan setinggan itu dibina secara rapat menggunakan bahan yang mudah terbakar.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira tiga jam bagi mengawal kebakaran itu daripada merebak ke kediaman lain dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 5.18 pagi,” katanya di sini.

Tambah Mohamad, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca dan jumlah kerugian yang dialami semua mangsa.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini