KUALA LUMPUR 3 Feb. – Sebuah rumah dua tingkat jenis kayu musnah terbakar dalam satu kejadian di Kampung Nusa Jaya, Sibu, Sarawak hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran kira-kira pukul 8.14 pagi tadi.
“Dalam kejadian tersebut, sebanyak dua buah rumah berhampiran turut terbakar kira-kira 30 dan 20 peratus.
“Kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 9.41 pagi dan tiada mangsa yang dilaporkan cedera,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Jelasnya, sebanyak 17 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dan Sungai Merah, Sarawak dikerah lokasi kejadian untuk operasi pemadaman. – UTUSAN ONLINE










