Ronaldo kembali perkuat Portugal - Utusan Malaysia

Ronaldo kembali perkuat Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON 15 Mac – Cristiano Ronaldo kembali disenaraikan dalam skuad Portugal hari ini selepas sembilan bulan disisihkan sejak penampilan terakhirnya pada Piala Dunia 2018 di Rusia.

Menjelang pusingan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2020 menentang Ukraine dan Serbia, pengendali pasukan, Fernando Santos kembali membawa masuk bekas Pemain Terbaik Dunia lima kali itu.

Penyerang Juventus tersebut, yang menjadi sebahagian tonggak ketika Portugal menjulang gelaran Eropah buat kali pertama pada 2016 telah meledak 85 gol daripada 154 penampilan antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia tidak disenaraikan dalam enam perlawanan terakhir Portugal untuk membolehkannya menyesuaikan diri dengan kelab baharunya, Juventus.

“Selepas tamat Piala Dunia saya meminta diberi rehat kerana mahu menyesuaikan diri bersama Juventus.

“Dalam beberapa perlawanan akan datang, harap saya dapat memberi sumbangan kepada skuad kebangsaan. Saya juga merindui aksi bersama Portugal,” kata Ronaldo kepada DAZN.

Sepanjang ketiadaannya, Portugal menghuni kedudukan teratas dalam Liga Negara-Negara Eropah, mengatasi Itali dan Poland, sekali gus melayakkan diri ke peringkat empat terbaik yang akan diadakan di Portugal pada Jun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini