RON97 naik tujuh sen, RON95 dan diesel kekal - Utusan Malaysia

RON97 naik tujuh sen, RON95 dan diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 22 Mac – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak tujuh sen iaitu daripada RM2.54 seliter kepada RM2.61 seliter manakala RON95 dan diesel kekal bermula tengah malam ini sehingga 29 Mac.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan diesel pula kekal pada paras RM2.18 seliter.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 23 Mac sehingga 29 Mac sepatutnya masing-masing adalah sebanyak RM2.31 dan RM2.38 seliter.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini