PUTRAJAYA 29 Mac – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak dua sen seliter iaitu daripada RM2.61 seliter kepada RM2.63 seliter bermula tengah malam ini sehingga 5 April ini. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter. “Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 30 Mac sehingga…










