RM80 juta untuk 159,368 veteran ATM - Utusan Malaysia

RM80 juta untuk 159,368 veteran ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 26 Mac – Kerajaan bersetuju meluluskan inisiatif Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 dengan peruntukan kira-kira RM80 juta sebagai penghargaan kepada golongan vete­ran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, bantuan tersebut akan diberikan kepada seramai 159,368 ve­teran ATM yang berpencen dan tidak berpencen.

Katanya, setiap penerima BHN 2019 yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) akan menerima RM500 secara sekali bayar (one off).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bantuan ini dibuat dan diuruskan melalui Jabatan Hal Ehwal (JHEV) ATM.Kelayakan dan segala proses akan dibuat oleh agensi tersebut.

“Semua permohonan akan dibuka 14 April dan bayaran akan dilaksanakan pada 27 Mei nanti,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan dalam Pameran Udara dan Maritim Langkawi 2019 (LIMA ‘19) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, antara syarat permohonan termasuklah belum pernah memohon Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) dan Bantuan Bakti Negara (BBN) 2017.

Menurutnya, bantuan BHN 2019 juga tidak akan dipanjangkan kepada balu atau waris selain jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan iaitu sebanyak RM4,000 dan ke bawah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini