GUA MUSANG 28 Mac – Lembaga Getah Malaysia (LGM) memperuntukan sebanyak RM23 juta bagi membangunkan Projek Getah Untuk Pribumi (GUP) seluas 660 hektar di seluruh negara. Ketua Pengarah LGM, Datuk Dr. Zairossani Mohd. Nor berkata, setiap pekebun itu dijangka dapat menghasilkan purata pengeluaran susu getah 1,500 hingga 2,000 kilogram bagi satu hektar dalam tempoh setahun. Katanya, projek itu juga mampu meningkatkan pendapatan pekebun antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan. Jelasnya lagi, pihaknya akan memberi latihan kepada peserta tentang teknik penyelenggaraan, pembajaan dan pengurusan hasil ladang getah. “Kita juga memperluaskan projek GUB…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya