PETALING JAYA; HSBC Amanah melancarkan HSBC TradePay-i, satu rumusan pembiayaan perdagangan digital patuh syariah di Malaysia.
Inisiatif inovatif ini direka khusus untuk memperkasa perniagaan dengan akses segera kepada kemudahan pembiayaan dagangan serta menyelesaikan pembayaran kepada pembekal secara lancar, meningkatkan fleksibiliti dan melonjakkan kecairan bagi syarikat-syarikat semasa mereka menghadapi persekitaran perdagangan yang rumit.
Kebiasaannya, perniagaan bergantung kepada pembiayaan jangka pendek bagi pembayaran modal kerja terpaksa melalui proses yang rumit dan memakan masa, merangkumi penyediaan dokumen dan permohonan pengeluaran dana.
Rumusan pembiayaan perdagangan digital baharu ini memudahkan cara pembayaran modal kerja dengan membolehkan muat naik fail pembayaran mudah dan pembayaran terus kepada pembekalan.
Pendekatan yang diselaras ini menjimatkan banyak masa dan kerja, mengizinkan perniagaan-perniagaan untuk menumpu kepada pertumbuhan dan mengelak beban kerja pentadbiran yang berat.
Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Amanah, Raja Amir Shah berkata, dengan ketidaktentuan tarif global dan perdagangan memberi impak terhadap risiko kos dan rantaian bekalan, perniagaan secara aktif sekarang mencari keupayaan kewangan tangkas untuk diguna pakai.
Katanya, HSBC TradePay-i menawarkan kemudahan yang diperlukan bagi mengatasi cabaran ini, sambil mengoptimumkan aliran perdagangan secara berkesan.
“Rumusan ini sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat di Malaysia terhadap rumusan pembiayaan yang beretika, telus dan bebas faedah.
“Ia mengetengahkan komitmen bank untuk menyediakan opsyen pembiayaan Islam yang memenuhi dinamik perdagangan yang berevolusi dan memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin meningkat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Rumusan Perdagangan Global, HSBC Malaysia, Shreyas Krishna berkata, dalam era pendigitalan merubah landskap perdagangan, HSBC TradePay-i bukan sekadar satu produk, ia adalah pemangkin bagi pertumbuhan, kepantasan dan kelebihan strategik.
“Perniagaan boleh mengguna pakai TradePay-i untuk berdagang dengan lebih tangkas, membiayai urus niaga dengan penuh kepastian dan berkembang dengan keyakinan walaupun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu,” katanya.
HSBC TradePay-i boleh diakses melalui platform digital HSBCNet, platform digital bagi pelanggan korporat HSBC, mewujudkan pemprosesan cekap untuk memohon dana-dana.
Pengeluaran pembiayaan diselaraskan menerusi muat naik fail pembayaran mudah dan pembekal akan menerima bayaran terus.-UTUSAN










