TEMERLOH 29 Mac – Kementerian Kerja Raya menerima peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta bagi melakukan penyelenggaraan dan pembaikan Jalan Persekutuan di seluruh negara. Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir berkata, daripada jumlah yang diluluskan pada 8 Mac lalu itu, sebanyak RM150 juta digunakan bagi penyelenggaraan berkala turapan Jalan Persekutuan di seluruh negara. “Bagi Pahang, jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM22.22 juta yang mana sebanyak RM3.73 juta bagi tujuan membaiki…










