Ringgit diunjur RM4.06-RM4.10 berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit diunjur RM4.06-RM4.10 berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Ringgit dijangka berada pada paras RM4.06 hingga RM4.10 berbanding dolar AS pada minggu hadapan disebabkan suasana pasaran kewangan yang dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap pertumbuhan global yang perlahan dan faktor risiko geopolitik.

Penganalisis Penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga berkata, pasaran masih menunggu keputusan resolusi rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China serta Brexit, di sebalik pertumbuhan global yang perlahan hingga menyebabkan pelabur tertanya-tanya berapa banyak peningkatan di pasaran aset semasa yang sedang muncul.

 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, walaupun ringgit telah mengukuh satu peratus untuk tempoh ini berbanding dolar AS, mata wang global itu dijangka kembali mengukuh disebabkan asas-asas ekonomi AS yang berdaya tahan dalam menghadapi keadaan pertumbuhan global yang semakin merosot.

“Walau bagaimanapun, Malaysia boleh berbangga dengan asas ekonominya sendiri, dengan eksport dan pengeluaran industri mengatasi jangkaan pasaran manakala permintaan domestik terus memacu ekonomi Malaysia.

“Sekiranya pengumuman indeks harga pengguna pada Februari kembali positif, ia mungkin akan menghilangkan kegelisahan daripada deflasi Januari dan menimbulkan kebimbangan mengenai tekanan harga domestik, membolehkan Bank Negara Malaysia menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) bagi 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini