PERTEMUAN kru Panorama dengan Fika, 25, minggu lalu berjalan atas permintaan gadis itu. Gadis manis yang berasal dari sebuah negeri di utara tanah air itu meminta dilemanya diceritakan kerana dia benar-benar buntu dengan sikap teman lelaki yang cukup disayanginya. Membuka cerita, Fika memberitahu, perkenalannya dengan Man (bukan nama sebenar) bermula ketika dia baru bekerja sebagai seorang akauntan di sebuah syarikat swasta di ibu kota lebih tiga tahun lalu. “Man merupakan…










