RFU denda Pogrebnyak RM15,000 - Utusan Malaysia

RFU denda Pogrebnyak RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 27 Mac – Pavel Pogrebnyak didenda 250,000 rubles (RM15,815) oleh Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU) selepas mencadangkan pemain berkulit hitam tidak seharusnya mewakili pasukan Rusia.

Pogrebnyak dalam satu wawancara bersama akhbar tempatan, mempersoalkan pemberian pasport Rusia kepada penyerang kelahiran Brazil, Ari.

Ari yang merupakan bekas pemain bawah 20 tahun Brazil banyak menghabiskan masa seniornya bersama kelab-kelab Rusia termasuk Spartak Moscow pada 2010 selepas berhijrah dari AZ selain pernah mewakili Lokomotiv Moscow dan Krasnodar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Persembahan cemerlang bersama Krasnodar, penghujung musim lalu membolehkan dia beraksi dua kali bersama Rusia tetapi Pogrebnyak yang sudah 33 kali beraksi bersama negaranya mempertikaikan penyertaan Ari.

Penyerang Ural itu merasakan sesuatu yang pelik apabila pemain berkulit hitam mewakili Rusia pada Piala Dunia 2018 selain tidak gembira dengan kehadiran pemain naturalisasi dari negara luar.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini