Rezeki mak dijemput Allah hari Jumaat - Ziela Jalil - Utusan Malaysia

Rezeki mak dijemput Allah hari Jumaat – Ziela Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ibu mertua pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil iaitu Asmah Abdullah meninggal dunia.

Berita sedih itu dikongsikan Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul Jalil, 48, melalui laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“Ya Allah, rezeki mak dijemput Allah hari Jumaat penuh barakah ini. Semoga berbahagia mak dalam Syurga Firdaus Allah hingga hari akhirat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selamat jalan mak. Mak telah pergi dahulu, Ziela pasti akan menyusul kemudian. Berbahagialah mak menemui pencipta-Mu Allah Azawajalla.

“Sedihnya hati ini, Allah sahaja yang tahu. Tidak dapat bersama memberi penghormatan terakhir buat mak. Ziela akan sentiasa bersama Mak,” kongsi Ziela sayu di Instagram.

Ramai rakan selebriti menitipkan ucapan takziah di ruangan komen, antaranya, Datuk Sheila Majid, Ummi Nazeera, Eyka Farhana dan Vanidah Imran.

Difahamkan, Ziela kini sedang bercuti dengan anak angkatnya, Ibrahim Junid Abdullah di Maghribi – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini