KUCHING – Tempoh reman dua lagi suspek kes penipuan tawaran pekerjaan sehingga mengakibatkan penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja baru-baru ini, dilanjutkan tiga hari lagi sehingga 4 Mac. Permohonan lanjutan reman ke atas suspek lelaki dan wanita tempatan masing-masing berumur 35 tahun itu dibuat Majistret Mohd Shukri Mokhtar di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Kedua-dua suspek tersebut ditahan di dua rumah berasingan di Traffic Garden dan Taman Chung Hua…










