Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai - Utusan Malaysia

Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT 16 Mac.  –  Seorang remaja lelaki yang pulang bercuti hujung minggu di rumah datuknya di Kampung Chodan di sini dikhuatiri lemas ketika mandi bersama-sama adik dan sepupunya di Jeti Nelayan Sungai Chodan di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Raub Selamat berkata, mangsa, Rafiq Afif Rohaizat, 18, yang beralamat di Kuala Lumpur sebelum itu dikatakan pergi ke lokasi kejadian bersama-sama adiknya berusia 16 tahun dan seorang sepupu mereka berumur 10 tahun untuk mandi. 

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika kesemua mangsa sedang mandi sebelum tiba-tiba  mereka dibawa arus yang ketika itu difahamkan air sungai sedang surut. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun dua adik dan sepupu mangsa sempat diselamatkan oleh bapa saudara mereka yang kebetulan berada di kawasan jeti tersebut ketika kejadian, ” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya,  mangsa tidak sempat diselamatkan oleh bapa saudaranya dan hilang dibawa arus berikutan air sungai yang deras. 

Katanya, usaha mencari digerakkan sejurus laporan dibuat kira-kira pukul 6 petang yang melibatkan pasukan penyelam dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Segamat serta anggota polis.

Menurutnya, empat buah aset keselamatan membabitkan kenderaan polis dan bomba ditempatkan di lokasi bagi melancarkan operasi memcari dan menyelamat (SAR) selain orang awam turut sama memberikan bantuan.

“Usaha SAR ditangguhkan pada pukul 8.30 malam ini berikutan cuaca gelap dan air sungai yang mulai pasang. SAR akan akan disambung semula awal esok pagi, ” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini