MARAN – Remaja lelaki berusia 15 tahun bersama ibunya menjadi antara empat individu ditahan bersama 878.82 gram dadah heroin serta 12.28 gram syabu bernilai RM15,600 semasa serbuan polis di sini, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd. Rahman berkata, remaja yang masih bersekolah itu didapati negatif dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing. “Hanya seorang suspek lelaki didapati positif dadah jenis metamfetamin. Empat suspek berusia 15 hingga…










