Reka logo: 586 penyertaan diterima - Utusan Malaysia

Reka logo: 586 penyertaan diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Mac- Sebanyak 586 penyertaan telah diterima untuk pertandingan mencipta logo kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 selepas tempoh penyertaan berakhir pada 24 Mac lalu.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam satu kenyataan memberitahu, panel hakim ketika ini sedang meneliti setiap penyertaan dan pemenang dijangka diumumkan hujung bulan hadapan.

“Pemenang tempat pertama pertandingan itu akan menerima wang tunai sebanyak RM3,000 beserta sijil, tempat kedua RM2,000 beserta sijil dan tempat ketiga RM1,000 beserta sijil penyertaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sementara itu, sebanyak lima pemenang saguhati pula akan menerima wang tunai sebanyak RM250,” jelasnya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Selain itu jelas kementerian berkenaan, pertandingan tersebut merupakan usaha pihaknya untuk menggalakkan rakyat Malaysia menyertai kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan menyumbang idea kreatif kepada penciptaan logo.

“Reka bentuk logo yang dipilih akan digunakan untuk promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 di peringkat tempatan dan antarabangsa,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini