Real Madrid dihukum lagi - Utusan Malaysia

Real Madrid dihukum lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 3 Mac – Barcelona memenangi pertarungan El Clasico ke­dua dalam tempoh empat hari selepas menumpaskan Real Madrid 1-0 hari ini, sekali gus menghampiri gelaran La Liga.

Selepas menyingkirkan Los Blancos dalam separuh akhir Copa del Rey, Rabu lalu, Barcelona kembali bersama keya­kinan tinggi dan jaringan Ivan Rakitic pada minit ke-26 cukup untuk membantu mereka memahat sejarah.

Kemenangan bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Barcelona di tangga teratas dengan 10 mata, malah membolehkan mereka muncul pasukan pertama dalam sejarah berjaya mencatat tiga kemenangan berturut-turut di Santiago Bernabeu sepanjang tempoh 87 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sasaran utama kami adalah mempamer aksi terbaik dan memberi kerosakan kepada Real Madrid. Kami melaksanakan­nya dengan baik,” kata pengurus Barcelona, Ernesto Valverde.

Kekalahan ini cukup menyakitkan hati penyokong Real yang terpaksa melihat pemain Barcelona melompat, berpe­lukan kegembiraan dan meraikan kemenangan mereka sekali lagi.

Pada ketika misi mencabar kejuaraan La Liga hampir tertutup, Real hanya mampu memberi tumpuan kepada Liga Juara-Juara apabila bertandang ke Ajax, Selasa ini bersama kele­bihan 2-1. – AGENSI

Gareth Bale menjadi mangsa kemarahan penyokong Real apabila diejek ketika diganti dengan Marco Asensio.

Kapten Real, Sergio Ramos terlepas hukuman selepas menyiku muka Lionel Messi.

Sumbangan terbesar Karim Benzema kepada Real adalah apabila rembatannya tersasar dari pintu gol manakala Luka Modric tidak langsung menunjukkan kehebatan sebagai pemenang Ballon d’Or.

Real melakukan 17 percubaan keseluruhan tetapi hanya tiga tepat ke sasaran dan tiada satu pun menembusi gawang. Barcelona sebaliknya mengancam kubu tuan rumah sepanjang masa.

Barcelona memintas Real dalam senarai pemenang El Clasico terbanyak. Mereka mencatat 96 kemenangan manakala Real 95. Kedua-dua musuh ketat itu seri 51 kali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini