SUASANA di dalam sebuah premis tiga tingkat yang terletak di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor itu kedengaran cukup riuh. Di sana sini, bunyi si comel berbulu kedengaran di merata-rata tempat. Tidak kurang juga ada yang lincah berkejar-kejaran menggambarkan betapa gembiranya si bulu comel itu ditempatkan di situ. Rasa sebak, sedih dan terharu tiba-tiba menerjah ke lubuk hati kru Panorama selepas melihat sendiri bagaimana kehidupan ratusan ekor kucing di pusat…










