Rayer jangan terkinja-kinja - Utusan Malaysia

Rayer jangan terkinja-kinja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Selepas ditegur Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan, nama Ahli Parlimen Jelutong, Rsn Rayer terus ‘panas’ apabila
kelantangannya bersuara di Parlimen mendapat kritikan daripada Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) Pulau Pinang.

Setiausaha BNYS Pulau Pinang, Mathis Sarawanan berkata, Rayer perlu berubah dan perlu bertindak dengan lebih profesional selari dengan jawatannya sebagai ahli Parlimen.

“BNYV Pinang Pinang mendesak agar Rayer bertindak profesional dan tidak lagi mengulangi perangai beliau yang ‘terkinja-kinja’ dalam Dewan Rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sebagai gerakan anak muda dari Pulau Pinang berasa malu dengan tindakan beliau yang turut merupakan seorang Ahli Parlimen dari Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Dewan Rakyat seharusnya menjadi ruang kepada wakil rakyat membincang hal-hal dan dasar berkaitan kepentingan rakyat dan bukannya menjadi platform untuk membuat drama politik yang tidak berkaitan.

“Ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana beliau telah dan masih bertindak sedemikian bermula dari mesyuarat pertama sidang lepas.

“Beliau harus berhenti daripada terus bertindak seperti ini dan menghormati kedudukan Dewan Rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini