Rantau: Tak semestinya kena letak calon besar - Dr. M - Utusan Malaysia

Rantau: Tak semestinya kena letak calon besar – Dr. M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Pakatan Harapan (PH) berpegang kepada prinsip iaitu tidak semestinya perlu meletakkan calon yang besar semata-mata untuk menentang calon lawan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Dr. S. Streram dilihat layak untuk kekal bertanding dan menjadi calon memandangkan kekalahan beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berlaku kerana wujud penipuan.

“Kita pegang kepada prinsip, takkan dia lawan dengan bekas Menteri Besar, calon PH tidak besar macam calon Barisan Nasional (BN). Kita terpaksa juga letak calon yang lama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang didapati PRU-14 di kawasan itu dibatalkan dan diadakan PRK untuk menentukan siapa sebenarnya yang patut jadi wakil rakyat disitu. Jadi orang yang lama diletakkan di situ,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Dr. Streram dipilih sebagai calon PH untuk bertanding dalam PRK DUN Rantau selepas mencapai keputusan konsensus dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan pada 9 Mac lalu.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir yang juga Perdana Menteri berkata, Dr. Streram belum diisytiharkan muflis maka beliau masih layak bertanding dalam pilihan raya.

“Kalau calon itu melanggar undang-undang, tidak layak jadi calon dan kita tidak akan letak dia. Tetapi setakat yang kita tahu walaupun ada hutang dia masih boleh jadi calon, lainlah kalau bankrap,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini