KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, Sabah awal pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gempa yang berlaku pada pukul 4:05 pagi itu berpusat di 6.1 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km). “Gegaran berlaku 11 km Utara dari Ranau dan ia mungkin dirasai di Ranau. “Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya dalam satu kenyataan…










